Set Berpantang Shaklee : Macam Orang Tak Bersalin !!! Terbaikkkk !!!!


Set Berpantang Shaklee
Macam Orang Tak Bersalin !!!



Ibu-ibu moden zaman sekarang rata-rata telah mula mengambil berat mengenai kesihatan selepas bersalin. Bukan semata untuk ibu nampak sihat dan cantik kembali tapi juga untuk kesihatan dan kesejahteraan bayi, iaitu dengan menyusukan anak yang baru lahir dengan hanya susu ibu. Kebanyakan ibu yang lepas bersalin mengelak untuk makan jamu dan maajun kerana dikatakan panas dan boleh menyebabkan bayi cirit birit dan menghadapi masalah kuning. Konsep 1 gelas 1 hari juga sudah tidak diamalkan. Ibu akan minum air yang secukupnya untuk membolehkan ibu menyusukan bayi juga memulihkan luka dengan lebih cepat. 


Shaklee mencadangkan Set Berpantang Shaklee untuk ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Set pantang ini bukan sahaja bagus untuk pemulihan badan dan emosi si ibu, malahan amat bagus bagi menjayakan penyusuan susu ibu.


Apa yang ada di dalam Set Berpantang Shaklee:




Vita-Lea
Terdapat 28 jenis nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan di dalam sebotol multivitamin dan multimineral ini. Beta Karotena yang ada di dalamnya membantu untuk memulihkan dan mengembangkan tisu. Kalsium dan fosforus (dengan vitamin C dan D) untuk kesihatan tulang dan penyusuan. Biotin dan Panthotenic Acid metabolisma lemak dan Vitamin B12 pula bagi menggalakan pembentukan sel darah merah. Ibu kan banyak kehilangan darah semasa melahirkan. Ibu akan nampak pucat, jika ibu cukup sel darah merah, muka pun jadi merah, macam orang tak bersalin lah.

B-Complex

Dikenali sebagai vitamin anti-stress. Ia juga memelihara kesihatan saraf. Emosi ibu yang baru melahirkan anak perlu dijaga, stress yang sedikit jika tak ditangani boleh membawa kepada meroyan. Jika ibu stress susu badan juga akan terpengaruh, susu menjadi sedikit. Kesian bayi lapar tidak cukup susu.

Vita-C

Vitamin C sangat penting untuk membantu penyerapan zat besu, ini mengelakkan anemia. Juga penting menjaga kiraan kolagen di dalam badan. Vitamin C juga akan mengelakkan ibu terkena selsema. Jika ibu tidak sihat bagaimana mahu menyusukan anak.


Zinc

Zinc bertindak mempercepatkan luka perineum dan luka-luka di dalam badan, jika kurang zinc maka proses penyembuhan menjadi lambat. Luka yang sembuh dengan segara akan membolehkan ibu dalam pantang bergerak lebih aktif. Juga mengelakkan rambut gugur dan jangkitan luka bersalin.




Vitamin Shaklee yang lain, yang boleh digabungkan dengan Set Berpantang Shaklee ini adalah:



Alfalfa Complex

Bertindak sebagai penambah susu sejak zaman berzaman. Tapi jika bayi mengalami sakit kuning atau jaundis kurangkan atau berhentikan seketika sehingga bayi kembali pulih.






Energizing Soy Protein
Protein juga satu elemen penting untuk bina semula tisu-tisu badan yang rosak dan terkoyak ketika melahirkan. Juga bertindak memekatkan dan menambah susu ibu.





Lecithin
Ibu pasti mahu kembali langsing kan? Lecithin diguna untuk membakar lemak dan kolestrol di dalam badan. Juga yang penting, jika ibu mengalami bengkak susu atau milk duct, lecithin membantu merawatnya.



Ostematrix
Kandungan kalsium, magnesium, vitamin D yang ada di dalam Ostematrix membantu kekuatan tulang dan gigi. Juga membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mengelakkan risiko sembelit bagi ibu-ibu dalam pantang.



Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai untuk anda, dan dapatkan tips serta cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee independent distributor anda :)



sms/call/WhatApp : 0108220629 (ida)
email : hidayah85.ida@gmail.com
FB : vtecqueen




**** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Comments